Warta Perdana

Warta Perdana merupakan sebuah rancangan berbentuk berita waktu perdana yang disiarkan di RTM1 selama setengah jam pada jam 8:00 malam.Warta Perdana memaparkan berita-berita dari dalam dan luar negara termasuk berita nasional, tempatan, ekonomi, sukan, hal ehwal semasa, isu-isu terkini, hiburan, politik dan sebagainya.Warta Perdana pernah disiarkan selama sejam, kemudian ditukarkan kepada 45 minit, tetapi dipendekkan kini hanya bersiaran selama 30 mnit dengan berita yang lebih padat.Warta Perdana juga ialah satu-satunya rancangan berita dengan terjemahan melalui seorang penyampai Bahasa Isyarat Malaysia terletak di bawah kanan skrin televisyen.Warta Perdana dikenali sebagai 'Berita Nasional' dari 2009 hingga 2017 dan dikenali sebagai Nasional 8 mulai tahun 2017.